Kisah Cucu Kesayangan Rasulullah Hasan dan Husain

Rasulullah SAW memiliki tujuh orang cucu dari pada anak – anaknya. Antara cucu kesayangan baginda ialah Hasan dan Husain yang juga merupakan putra dari anak bungsunya Fatimah binti Muhammad dengan Ali bin Abi Talib. Sejak kecil,  Hasan dan Husein sudah mahir dalam meriwayatkan hadis.

Usia mereka juga tidak jauh jarak perbedaannya yang hanya berselang satu tahun sahaja sehingga mereka membesar, belajar dan bermain bersama. Hasan merupakan anak pertama dan Husain merupakan adik kepada Hasan iaitu anak kedua. Pada saat lahirnya mereka ini Rasulullah SAW tidak berhenti mengucapkan rasa syukur kepada Allah SWT diatas nikmat kurniaan tersebut.

Hasan bin Ali bin Abi Talib

Saidina Hasan lahir pada bulan Sya’ban tahun ke–3 hijrah. Akan tetapi ada juga yang menyatakan bahawa beliau dilahirkan pada pertengahan bulan Ramadhan tahun ke-3 Hijrah. Manakala, Iman Nawawi pula menyebut dalam kitab At-Tahdzib beliau menyatakan bahawa Saidina Hasan dilahirkan pada lima belas Sya’ban tahun ke-4 hijrah.  

Namun, pendapat yang menyatakan beliau dilahirkan pada bulan Syaaban adalah pendapat yang lebih sahih. Pada waktu kelahirannya bapa Saidina Hasan iaitu Saidina Ali menamakan putra pertamanya itu dengan Harb yang bererti perang. Akan tetapi Rasulullah SAW menggantikan nama Harb dengan nama yang indah iaitu Hasan. Selain itu, pada kelahiran Saidina Hasan Rasulullah SAW yang mengumandangkan azan di telinganya manakala bapanya Saidina Ali bin Abi Talib mencukur rambutnya.

Saidina Hasan merupakan cucu Rasulullah SAW yang mirip rupa parasnya dengan Rasulullah SAW, bahkan tidak ada orang lain yang lebih mirip dengan Rasulullah SAW daripada Saidina Hasan. Hal ini adalah sebagaimana riwayat daripada Anas R.A, katanya:

لَمْ يَكُنْ أَحَدٌ أَشْبَهَ بِالنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنَ الحَسَنِ بْنِ عَلِيّ

Maksudnya: “Tidak ada seseorang pun yang lebih menyerupai dengan Nabi SAW berbanding al-Hasan bin Ali.”

Husain bin Ali bin Abi Talib

Saidina Husain merupakan putra bungsu puteri Rasulullah SAW Fatimah binti Muhammad bersama Ali bin Abi Talib yang juga merupakan adik kepada Saidina Hasan. Saidina Husain dilahirkan pada bulan Syawal tahun ke-4 Hijrah, iaitu setahun selepas kelahiran abangnya, Saidina Hasan. Di mana pada kelahirannya juga Saidina Husain disambut sama dengan kelahiran abangya oleh Rasulullah SAW dengan mengumandangkan azan di telinganya dan menyembelih akikah setelah tujuh hari kelahirannya.

Berbeza daripada saudara lelakinya Saidina Hasan, dalam menggambarkan rupa paras Saidina Husain, Anas bin Malik berkata bahawa Saidina Husain serupa dengan Rasulullah SAW daripada dada sampai ke kaki”. Manakala dari segi wajah Beliau menyerupai ayahnya iaitu Saidina Ali bin Abi Talib.

Kisah Rasulullah SAW mencium cucunya Hasan dan Husain

Rasulullah SAW sangat menyayangi kaum kerabat baginda. Dimana Rasulullah SAW akan menunjukkan kasih sayang kepada ahli keluarganya dengan cara yang baik iaitu dengan mencium mereka. Di antaranya ialah kepada cucu – cucu baginda. Rasulullah SAW sangat menyayangi cucu – cucunya dan akan selalu meluangkan masa untuk bermain bersama mereka antaranya ialah kepada Hasan dan Husain.

Diriwayatkan oleh Iman Al – Bukhari dari Abu Bakrah “Aku melihat Nabi di atas mimbar, sedang Hasan berada di sampingnya. Kadang-kadang baginda melihat kepada hadirin dan kadang-kadang baginda memandang kepada Hasan, lalu baginda bersabda:

Maksudnya: “Cucuku adalah seorang pemimpin. Semoga Allah menjadikannya pendamai antara dua golongan Islam yang berperang.”

Kisahnya bermula apabila pada suatu hari Saidina Husain yang masih lagi kecil datang menemui ibunya puteri bungsu Rasulullah SAW iaitu Fatima. Sambil menangis dia berkata kepada ibunya “Atuk (Muhammad SAW) lebih sayangkan abang Hasan.” Sayyidah Fatimah menjawab, “Mengapa kamu berkata demikian wahai anakku?” Husain menjelaskan kerana cemburunya, “datuk sering mencium bibir Hasan sedangkan saya datuk hanya mencium pada lehernya.”

Kemudian sayyidah Fatima membawa anaknya itu berjumpa dengan ayahnya (Rasulullah SAW) dan memberitahu tentang kecemburuan Husain itu kepada ayahnya.  Kemudian setelah menjelaskan kepada bapanya Rasulullah SAW merenung keras dan lama, lalu baginda bersabda;

 “Puteriku Fatimah, aku selalu mencium bibir Hasan, kerana dia akan mati diracun oleh orang yang dekat dengannya, dan semua isi perutnya akan keluar melaluinya. mulut. Sedangkan kamu (Husain).” Rasul SAW merenung Husain lama, baginda tidak dapat meneruskan kata-katanya, lalu pengsan seketika. Setelah sedar, dia merenung tajam lagi sambil terus menangis sambil menggoncang dadanya, lalu berkata, “Adapun engkau Husain, aku sering mencium lehermu kerana engkau akan mati syahid dengan tercabut lehermu.”

Wafatnya cucu Rasulullah SAW Hasan dan Husain

Ada beberapa pendapat ulama yang menyatakan tentang kematian Saidina Hasan antaranya Al-Mada’ini, al-Ghalabi, al-Zubair, Ibn al-Kalbi dan selain mereka berpendapat, beliau meninggal dunia pada tahun 50 hijrah. Manakala, Al-Waqidi, Sa‘id bin ‘Ufair dan Khalifah pula berpendapat bahawa Saidina Hasan meninggal dunia pada tahun 49 Hijrah.

Akan tetapi, Imam al-Bukhari pula berpendapat, beliau meninggal dunia pada tahun 51 Hijrah dan dikatakan sebab kematian Saidina Hasan adalah kerana racun yang diberikan oleh Jad‘ah binti al-Asy‘ath bin Qais iaitu isteri Saidina Hasan.

Manakala, bagi Saidina Husain pula Imam Ibn Kathir menyebut dalam kitab al-Bidayah wan Nihayah  menceritakan bagaimana Sayidina Husain dibunuh di peperangan Karbala iaitu pada 10 Muharram (asyura). Selain itu Imam Ibn Kathir juga menyatakan bahawa “Orang yang membunuh Saidina Husain dengan tombak ialah Sinan bin Anas bin Amr Nahai, lalu dia menetak leher Husain dan menyerahkan kepala Saidina Husain kepada Khawali bin Yazid.” (Al-Bidayah, 8/204).

Dalil yang berkaitan dengan Saidina Husain

Riwayat yang paling sahih yang menceritakan peristiwa Karbala dilihat pada Hadith Bukhari yang berbunyi:

 ( عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أُتِيَ عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ زِيَادٍ بِرَأْسِ الْحُسَيْنِ فَجُعِلَ فِي طَسْتٍ فَجَعَلَ يَنْكُتُ وَقَالَ فِي حُسْنِهِ شَيْئًا فَقَالَ أَنَسٌ كَانَ أَشْبَهَهُمْ بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَانَ مَخْضُوبًا بِالْوَسْمَةِ )

Maksudnya: Anas bin Malik berkata, “Kepala Husain dibawa dan didatangkan kepada Ubaidullah Bin Ziyad. Kepala itu diletakkan di dalam bejana. Lalu Ubaidullah Bin Ziyad menusuk-nusuk (dengan pedangnya) dan mengulas sedikit tentang ketampanan Husain”. Anas mengatakan, “Diantara Ahlul bait, Husain adalah orang yang paling mirip dengan Rasulullah SAW”. Saat itu, Husain digilap rambutnya dengan wasmah (sejenis inai).

Hadits ini menceritakan tentang Ubaidullah yang menusuk-nusuk kepala Husain dengan pedangnya setelah beliau dibunuh. Diriwayatkan bahawa sahabat Rasulullah SAW yang terdiri daripada Zaid bin Arqam dan Anas Bin Malik meminta agar Ubaidullah menyingkirkan pedang tersebut kerana tidak rela melihat cucu Rasulullah SAW diperlakukan sedemikian rupa. Kesan daripada pembunuhan Husain, Ubaidullah telah wafat dalam keadaan yang dahsyat. Demikianlah itu balasan Allah SWT kepada orang yang zalim.

BINCANG SYARIAH